Categories
Main

Hotel

Kualiti guest experience yang ditawarkan oleh sesebuah hotel yang boleh dilihat melalui reputasinya di atas talian kini menjadi faktor utama penentu kepada pilihan pelancong apabila melancong.

Secara tradisinya, cara terbaik yang menentukan kualiti hotel dan perkhidmatannya adalah kategori bintang hotel tersebut. Walau bagaimana pun, sistem pengkelasan kategori bintang ini telah hilang pengaruhnya di zaman moden ini. Ia masih lagi penting bagi pelancong mencari hotel ideal mereka, tetapi kategori bintang itu lebih dipengaruhi oleh review customer yang pernah tinggal di sana dan mendapat servis layanan hotel itu.

Ramai pelancong lebih gemar membaca pengalaman pengguna secara online sebelum mereka untuk menentukan wajarkah mereka memilih sesebuah hotel itu. Blog-blog yang menceritakan pengalaman dan perkhidmatan yang ditawarkan hotel mereka juga memberikan impak dalam pemilihan hotel. Jadi, kebanyakan masanya pelancong menilai kualiti perkhidmatan sesebuah hotel itu lebih kepada user review daripada value yang hotel tersebut tetapkan pada barang dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan bintang-bintang ini? Siapakah yang menentukan berapa banyak bintang hotel itu dapat? Dan adakah pengkelasan ini sama dari satu negara ke satu negara lain? Secara logiknya, perbezaan budaya, ekonomi dan peraturan di antara negara setakat ini menjadikan sistem pengkelasan hotel secara global adalah sesuatu yang tak mungkin berlaku.

Rating Hotel Yang Sama Tetapi Berlainan Di Negara Yang Berbeza

Pengekelasan hotel adalah mengikut negara. Sesetengah negara tidak mewajibkan pengekelasan hotel. Di Malaysia, secara amnya tempat penginapan yang mempunyai bilik, bilik air, katil dan penyaman udara (kecuali di tempat tinggi seperti Cameron Highland) dalam sebuah bilik di sebuah bangunan khas adalah dipanggil hotel atau sesetengahnya dipanggil resort.

Namun begitu, pengkelasan hotel (termasuk resort) adalah berdasarkan penarafan 3 bintang dan keatas mengikut sistem rating yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Hotel 3 bintang ke atas menyediakan kemudahan sampingan seperti restoran, kolam renang, gym dan lain-lain. Sesetengah hotel menyediakan kemudahan konferensi dan menggalakkan kumpulan kerja untuk mengadakan konvensyen dan bermesyuarat di lokasi mereka.

Bagi hotel yang hanya menyediakan tempat penginapan sahaja tanpa kemudahan yang lain dikenali sebagai hotel bajet, tetapi hanya dipanggil sebagai hotel. Pengkelasan hotel bajet adalah berdasarkan penarafan 2 bintang ke bawah atau mengikut pengkelasan Orkid yang juga dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kebanyakan pelancong tempatan tidak ambil kira berapa bintang hotel bajet itu dapat, mereka lebih memandang kepada kelengkapan dan kemudahan yang hotel itu boleh tawarkan.

Kriteria semasa hotel adalah standard di banyak tempat, tetapi masih terdapat perbezaan yang ketara di seluruh dunia. Semua peraturan mempunyai empat pertimbangan utama; bilik, bilik mandi, perkhidmatan hotel asas, dan perkhidmatan katering. Jika dibandingkan perbezaan utama antara negara, tiga jenis utama peraturan muncul;

Peraturan berdasarkan syarat wajib keperluan minimum menurut kategori

Sepanyol dan Itali adalah negara yang paling strict; sebahagian besar wilayah mereka mempunyai perundangan yang sangat lengkap menggambarkan ciri-ciri yang tepat dan keperluan minimum sesebuah kategori bintang perlu ada. Walau bagaimana pun, sesetengah kawasan kini telah memperkenalkan peraturan yang kurang ketat. Tempat penginapan akan dipantau oleh pemeriksa awam yang memastikan bahawa segala peraturan dipatuhi.

Peraturan yang menggabungkan keperluan minimum mengikut kategori dengan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang memberi mata untuk mendapatkan kategori lebih tinggi.

Perancis dan Jerman menggunakan sistem ini sepenuhnya. Pendekatan ini membolehkan kemungkinan untuk menjamin standard minimum penubuhan dan juga mengiktiraf perbezaan dalam pertambahan nilai yang ditawarkan oleh pengusaha menerusi kemudahan dan perkhidmatan mereka yang uniq dan lain dari yang lain.

Peraturan yang menggabungkan keperluan minimum mengikut kategori dengan keperluan kualiti minimum

US dan UK adalah contoh pasaran yang menggunakan model ini. It’s all about quality. Walaupun perlu untuk memastikan tahap minimum kemudahan dan perkhidmatan mengikut kategori yang diberikan, keseluruhannya kemudahan perkhidmatan ini tidak sama pentingnya dengan kualiti mereka. Hotel mereka akan dipantau perunding yang bukan sahaja menilai pelbagai aspek hotel, tetapi juga memberi nasihat kepada pihak pengurusan bagaimana menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan untuk mendapatkan pengkelasan yang lebih tinggi