Categories
Main

Tempat Penginapan Terbaik Kuta

Walaupun Bali sentiasa dikunjungi pelancong dari pelbagai negara, infrastuktur di kebanyakan tempat masih lagi yang simple dan basic dalam pelbagai cara. Pengangkutan awamnya tidak begitu hebat. Shuttle bas Kura-kura menghubungkan sebahagian besar bandar-bandar di bahagian selatan pulau berdekatan dengan lapangan terbang. Selain dari itu, anda perlu ambil taxi atau sewa pemandu persendirian untuk membawa anda ke bandar-bandar berlainan.

Shuttle Bas Kura-Kura. Kredit: Be Free Tour

Namun begitu, Bali merupakan salah satu tempat terbaik untuk tinggal atau bercuti. Pulau ini menarik perhatian ramai pelancong yang sukakan aktiviti surfing dan yoga, usahawan-usahawan atas talian dan fitness fanatic, dan merupakan tempat yang paling sihat untuk tinggal. Masih banyak alam semula jadi yang masih tidak bersentuh dan jauh dari pembangunan tetapi mempunyai kesan yang baik pelancongan dan juga kehidupan seharian.

Bandar yang terbaik untuk anda tinggal adalah berdasarkan apa yang anda mahu lakukan seperti mencari pantai menarik untuk aktiviti air, keluarga yang mencari keseronokan melancong, bersantai di kawasan pantai, makan dan menjejaki perjalanan spiritual. Kesemuanya boleh dijumpai di Bali tetapi ianya lebih mudah dicari jika anda berada di bandar yang betul.

Pantai Kuta. Kredit: Flight Network

Tempat Penginapan Terbaik Kuta/Legian, Bali

Walaupun dinamakan Lapangan Terbang Bali, tetapi jaraknya agak jauh dari ibu kota Denpasar. Ianya sebenarnya terletak di Kuta, menjadikan kawasan itu tempat tumpuan untuk pelancongan di Bali. Kuta yang pada masa dahulu hanyalah sebuah desa kampung nelayan, kini dipenuhi dengan penginapan, tempat makan dan pelabgai pilihan hiburan yang sentiasa berterusan. Pantai yang panjang dengan ombak yang konsisten menarik perhatian surfer seluruh dunia dan merupakan tempat yang baik untuk taraf permulaan. Terdapat banyak pilihan untuk menyewa papan luncur dan juga kelas surfing. Kuta mungkin boleh menjadi sangat sibuk, jadi ia mungkin bukan tempat terbaik bagi mereka yang inginkan percutian yang keluar dari kesibukan kehidupan seharian.

Discovery Shopping Mall. Kredit: AllIndonesian Tourism

Banyak aktiviti di Kuta berpusat di sekitar aktiviti pada waktu malam dan membeli-belah. Di sini anda akan jumpa kelab-kelab malam yang paling ramai orang seperti Sky Bar dan juga pusat membeli-belah yang besar. Ianya adalah tempat terbaik untuk percutian backpacker bajet atau datang untuk percutian singkat hujung minggu. Jika anda mempunyai masa yang panjang dan duit untuk berbelanja yang banyak, anda boleh ke Seminyak.

Hostel Terbaik Kuta – Bali Bobo

Bali Bobo Hostel. Kredit: Hotelsworld

Bali Bobo adalah salah satu hostel terbaik di Kuta dan juga di Bali kerana ia menyediakan peralatan, kakitangan dan suasan yang berkualiti tinggi. Sangat mudah untuk berjumpa backpacker lain di tempat ini, menyusun  keseluruhan perjalanan Bali melalui perjalanan mereka, menyertai kelas-kelas kebudayaan, event dan aktiviti sosial.

Disebabkan ia bekualiti tinggi, harganya agak mahal. Jika anda mencari tempat yang lebih murah, skip tempat ini. Walaupun namanya adalah hostel, tetapi terasa seperti menginap di hotel mewah. Ia terletak dengan uniknya di Jimbaran, kawasan perumahan yang dekat dengan kedai dan restoran. Ianya juga jauh dari kesesakan lalu lintas dan pencemaran bunyi, tetapi cukup dekat dengan kemudahan awam.

Lebih menarik lagi , Bali Bobo terletak berdekatan dengan beberapa pantai terbaik Bali termasuk Pantai Suluban, Pantai Green Bowl, Pantai Nyang-nyang, Padang-padang dan Pantai Balangan. Misi mereka adalah untuk mengalu-alukan anda sebagai tetamu, menjadi tuan rumah anda sebagai seorang kawan, dan menyambut anda kembali sebagai sebuah keluarga.

Hotel Terbaik Kuta – Amnaya Resort Kuta

Amnaya Resort. Kredit: amnaya hotels
Amnaya Hotel. Kredit: Booking

Terletak hanya 12 minit berjalan kaki dari pantai, terdapat pelbagai hiburan dan pilihan tempat makan di sekitarnya. Hotel ini mempunyai hampir segalanya yang anda mahukan termasuk restoran a la carte, swimming pool luar, dan ruang awam taraf bisnes. Harganya juga bukanlah harga hotel bajet di Bali.

Penginapan Airbnb Terbaik di Kuta

Banyak banglow persendirian baru yang dibina dengan sangat cantik di antara Kuta dan Pantai Lengian, tersorok jauh di jalan yang sunyi.  Sesuai untuk percutian bersama keluarga yang mahukan suasana yang aman dan santai. Kebanyakan tempat penginapan ini mempunyai kolam renang persendirian yang cantik dan taman yang wangi. Kuta adalah salah satu tempat yang popular untuk tinggal di Bali jadi tempahan awal sangat digalakkan.

Banglow Airbnb di Kuta. Kredit: Travel With Jane

Antara perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuta adalah belajar meluncur air, menyertai kelas masakan Balinese di ladang organik tempatan, bersantai di sepanjang 2.5km panjangnya pantai pasir putih, bersuka-ria di Waterbom, waterpark popular di Bali yang menyediakan lebih 17 jenis permainan air yang sesuai dengan semua peringkat umur, melihat persembahan kebudayaan di Teater Kuta, dan membeli-belah sehingga anda jumpa tempat-tempat seperti Discovery Shopping Mall, Art Market Kuta, Kuta Beachwalk dan Mal Bali Galeria.

Categories
Main

Tempat Penginapan Menarik Bali

Tak dapat dinafikan Bali adalah salah satu pulau yang paling indah menakjubkan di dunia ini, dan terdapat pelbagai perkara menarik bagi setiap orang untuk dijelajahi di Bali.

Kredit: Khrishna Bali Tours

Sama ada anda ke sana untuk surfing, scuba diving, bersuka-ria, bersantai, pengembaraan atau kerohanian, secara literalnya semua boleh dijumpai di Bali.

Pulau ini sangat besar, mengetahui di mana untuk menginap adalah perkara yang sangat baik. Panduan stress-free ini akan membantu anda memilih tempat terbaik untuk tinggal di Bali. Tidak kira minat anda lebih kepada apa pun, anda akan tahu tempat penginapan terbaik di Bali untuk pengalaman seumur hidup.

Kredit: Mr & Mrs Smith

Hostel Terbaik Bali – Puri Garden Hotel & Hostel

Kredit: Booking
Kredit: Mercedesz

Bali tidak akan kekurangan tempat penginapan yang baik untuk tinggal tetapi tempat ini lebih menonjol daripada yang lain. Asrama butik ini hampir terasa seperti hotel mewah. Walaupun hostel ini agak mahal tetapi ia menyediakan sarapan percuma, kelas yoga percuma setia pagi dan kolam renang cantik yang menjadikan harganya berpatutan. Kakitangannya luar biasa, mereka menjadikan ia sebuah tempat yang sangat mengalu-alukan kedatangan pelawat yang mudah untuk pengembara-pengembara ini mengenali satu sama lain. Mereka menganjurkan lawatan, buffet makan malam, dan mengadakan acara seperti BBQ dan aktiviti sosial yang lain. Kesemua elemen ini menjadikan Puri Garden tempat yang terbaik untuk tinggal di Bali untuk pengembara backpacker.

Hotel Terbaik Bali – Padang-padang Inn Uluwatu

Kredit: Padang-Padang Inn
Kredit: Grafnit

Hotel ini adalah hotel terbaik yang lokasinya sempurna untuk malayari pantai-pandai – beach hopping – di Semenanjung Bukit. Ia terletak tidak jauh dari Pantai Padang-Padang, salah satu pantai terbaik untuk surfing di Bali. Manakala untuk ke pantai-pantai lain memerlukan pengangkutan untuk ke sana tetapi tidak terlalu jauh. Bersantai di tepi kolam renang di salah satu kerusi kolam renang yang selesa selepas seharian menjelajah – ianya adalah salah satu tempat terbaik untuk tinggal di Bali bagi mereka yang sukakan aktiviti air di pantai.

Hotel Butik Terbaik Bali – Taman Nauli Boutique Rooms

Kredit: Navitime Transit
Kredit: Life Out Loud

Terletak di Kerobokan, Taman Nauli Boutique Rooms menawarkan kolam renang luar, katil dan sarapan pagi sepanjang tahun. Para tetamu boleh berehat di taman yang besar dan indah atau menyewa basikal untuk berbasikal dan melawat sekelilingnya. Canggu Club pula adalah kurang dari 2 batu jauhnya dari sini. Ini adalah tempat yang terbaik untuk tinggal di Bali untuk berehat dan bersantai.

Bilik-biliknya bersih, luas dan dihiasi dengan luar biasa. Yang paling baik sekali adalah kakitangannya yang mesra, ringan senyuman dan sentiasa membantu.

Bandar Bali

Kredit: Pinterest

Sebahagian besar bali terdiri daripada banyak bandar, pusat peranginan dan pantai yang menampung pelbagai pelbagai jenis pelancong. Terdapat banyak tempat di Bali yang boleh memenuhi keperluan setiap pelancong yang berbeza, pasti ada tempat yang sesuai dengan tujuan anda ke sana.

Walaupun ia kelihatan kecil dalam peta, tetapi ianya adalah kepulauan besar dengan populasi sebanyak lebih 4 juta orang. Ia adalah sebuah wilayah dan juga salah satu pulau daripada 13 ribu pulau yang membentuk Indonesia.

Majoriti penduduk Bali adalah Hindu dan kebanyakan budaya berpusat di sekitar itu. Dengan julat tanah 5,780 km persegi, ia boleh mengambil masa yang lama untuk melawat tapak paling terkenal di Bali.

Kredit: Central Bali Tour

Kebanyakan kawasan pelancongan terletak di selatan dan pulau-pulau tenggara serta pusat pulau itu. Kuta adalah bandar paling popular di Bali dan merupakan pulau yang paling banyak dikunjungi.

Di sinilah anda akan jumpa resort-resort yang baik, pantai pasir putih dan tempat untuk surfing. Central Bali adalah pusat kebudayaan dan rumah kepada Ubud di mana anda akan jumpa pereka-pereka seni di pulau itu. Anda juga akan jumpa banyak ladang kopi di kawasan itu kerana kawasan pergunungan dan iklim yang sempurna untuk menanam kopi.

Bali timur sangat santai dengan bayak teres-teres padi dan pantai-pantai yang kurang kepadatannya. Ianya adalah kawasan yang sesuai untuk hiking dan ia juga menempatkan Gunung Agung yang sangat menakjubakan – gunung berapi aktif Bali yang Meletus pada akhir 2007. Tempat ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengenali sejarah Bali kerana kedudukannya yang dekat dengan ancient water palace dan ancient temple. Pendakian matahari terbit ke Gunung Batur antara menawarkan pemandangan yang terbaik di Bali. Bandar-bandar popular di Timur Bali adalah Candidasa dan Amed.

Kredit: Sariyasa Tour

Di bahagian barat Bali adalah di mana kebanyakan penduduk Indonesia dari Kepulauan Jawa datang untuk bercuti. Budaya di kawasan ini adalah lebih kepada budaya Islam. Anda akan jumpa lebih banyak masjid daripada kuil di kawasan ini. Panggilan azan juga akan kedengaran apabila tiba waktu solat. Pantai Medewi adalah tempat surfing yang kurang popular terdapat di kawasan ini. Di bahagian utara bali terdapat bandar terkenal Lovina yang sesuai untuk percutian yang santai.

Categories
Main

Hotel

Kualiti guest experience yang ditawarkan oleh sesebuah hotel yang boleh dilihat melalui reputasinya di atas talian kini menjadi faktor utama penentu kepada pilihan pelancong apabila melancong.

Secara tradisinya, cara terbaik yang menentukan kualiti hotel dan perkhidmatannya adalah kategori bintang hotel tersebut. Walau bagaimana pun, sistem pengkelasan kategori bintang ini telah hilang pengaruhnya di zaman moden ini. Ia masih lagi penting bagi pelancong mencari hotel ideal mereka, tetapi kategori bintang itu lebih dipengaruhi oleh review customer yang pernah tinggal di sana dan mendapat servis layanan hotel itu.

Ramai pelancong lebih gemar membaca pengalaman pengguna secara online sebelum mereka untuk menentukan wajarkah mereka memilih sesebuah hotel itu. Blog-blog yang menceritakan pengalaman dan perkhidmatan yang ditawarkan hotel mereka juga memberikan impak dalam pemilihan hotel. Jadi, kebanyakan masanya pelancong menilai kualiti perkhidmatan sesebuah hotel itu lebih kepada user review daripada value yang hotel tersebut tetapkan pada barang dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan bintang-bintang ini? Siapakah yang menentukan berapa banyak bintang hotel itu dapat? Dan adakah pengkelasan ini sama dari satu negara ke satu negara lain? Secara logiknya, perbezaan budaya, ekonomi dan peraturan di antara negara setakat ini menjadikan sistem pengkelasan hotel secara global adalah sesuatu yang tak mungkin berlaku.

Rating Hotel Yang Sama Tetapi Berlainan Di Negara Yang Berbeza

Pengekelasan hotel adalah mengikut negara. Sesetengah negara tidak mewajibkan pengekelasan hotel. Di Malaysia, secara amnya tempat penginapan yang mempunyai bilik, bilik air, katil dan penyaman udara (kecuali di tempat tinggi seperti Cameron Highland) dalam sebuah bilik di sebuah bangunan khas adalah dipanggil hotel atau sesetengahnya dipanggil resort.

Namun begitu, pengkelasan hotel (termasuk resort) adalah berdasarkan penarafan 3 bintang dan keatas mengikut sistem rating yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Hotel 3 bintang ke atas menyediakan kemudahan sampingan seperti restoran, kolam renang, gym dan lain-lain. Sesetengah hotel menyediakan kemudahan konferensi dan menggalakkan kumpulan kerja untuk mengadakan konvensyen dan bermesyuarat di lokasi mereka.

Bagi hotel yang hanya menyediakan tempat penginapan sahaja tanpa kemudahan yang lain dikenali sebagai hotel bajet, tetapi hanya dipanggil sebagai hotel. Pengkelasan hotel bajet adalah berdasarkan penarafan 2 bintang ke bawah atau mengikut pengkelasan Orkid yang juga dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kebanyakan pelancong tempatan tidak ambil kira berapa bintang hotel bajet itu dapat, mereka lebih memandang kepada kelengkapan dan kemudahan yang hotel itu boleh tawarkan.

Kriteria semasa hotel adalah standard di banyak tempat, tetapi masih terdapat perbezaan yang ketara di seluruh dunia. Semua peraturan mempunyai empat pertimbangan utama; bilik, bilik mandi, perkhidmatan hotel asas, dan perkhidmatan katering. Jika dibandingkan perbezaan utama antara negara, tiga jenis utama peraturan muncul;

Peraturan berdasarkan syarat wajib keperluan minimum menurut kategori

Sepanyol dan Itali adalah negara yang paling strict; sebahagian besar wilayah mereka mempunyai perundangan yang sangat lengkap menggambarkan ciri-ciri yang tepat dan keperluan minimum sesebuah kategori bintang perlu ada. Walau bagaimana pun, sesetengah kawasan kini telah memperkenalkan peraturan yang kurang ketat. Tempat penginapan akan dipantau oleh pemeriksa awam yang memastikan bahawa segala peraturan dipatuhi.

Peraturan yang menggabungkan keperluan minimum mengikut kategori dengan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang memberi mata untuk mendapatkan kategori lebih tinggi.

Perancis dan Jerman menggunakan sistem ini sepenuhnya. Pendekatan ini membolehkan kemungkinan untuk menjamin standard minimum penubuhan dan juga mengiktiraf perbezaan dalam pertambahan nilai yang ditawarkan oleh pengusaha menerusi kemudahan dan perkhidmatan mereka yang uniq dan lain dari yang lain.

Peraturan yang menggabungkan keperluan minimum mengikut kategori dengan keperluan kualiti minimum

US dan UK adalah contoh pasaran yang menggunakan model ini. It’s all about quality. Walaupun perlu untuk memastikan tahap minimum kemudahan dan perkhidmatan mengikut kategori yang diberikan, keseluruhannya kemudahan perkhidmatan ini tidak sama pentingnya dengan kualiti mereka. Hotel mereka akan dipantau perunding yang bukan sahaja menilai pelbagai aspek hotel, tetapi juga memberi nasihat kepada pihak pengurusan bagaimana menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan untuk mendapatkan pengkelasan yang lebih tinggi