Categories
Main

Tempat Penginapan Terbaik Kuta

Walaupun Bali sentiasa dikunjungi pelancong dari pelbagai negara, infrastuktur di kebanyakan tempat masih lagi yang simple dan basic dalam pelbagai cara. Pengangkutan awamnya tidak begitu hebat. Shuttle bas Kura-kura menghubungkan sebahagian besar bandar-bandar di bahagian selatan pulau berdekatan dengan lapangan terbang. Selain dari itu, anda perlu ambil taxi atau sewa pemandu persendirian untuk membawa anda ke bandar-bandar berlainan.

Shuttle Bas Kura-Kura. Kredit: Be Free Tour

Namun begitu, Bali merupakan salah satu tempat terbaik untuk tinggal atau bercuti. Pulau ini menarik perhatian ramai pelancong yang sukakan aktiviti surfing dan yoga, usahawan-usahawan atas talian dan fitness fanatic, dan merupakan tempat yang paling sihat untuk tinggal. Masih banyak alam semula jadi yang masih tidak bersentuh dan jauh dari pembangunan tetapi mempunyai kesan yang baik pelancongan dan juga kehidupan seharian.

Bandar yang terbaik untuk anda tinggal adalah berdasarkan apa yang anda mahu lakukan seperti mencari pantai menarik untuk aktiviti air, keluarga yang mencari keseronokan melancong, bersantai di kawasan pantai, makan dan menjejaki perjalanan spiritual. Kesemuanya boleh dijumpai di Bali tetapi ianya lebih mudah dicari jika anda berada di bandar yang betul.

Pantai Kuta. Kredit: Flight Network

Tempat Penginapan Terbaik Kuta/Legian, Bali

Walaupun dinamakan Lapangan Terbang Bali, tetapi jaraknya agak jauh dari ibu kota Denpasar. Ianya sebenarnya terletak di Kuta, menjadikan kawasan itu tempat tumpuan untuk pelancongan di Bali. Kuta yang pada masa dahulu hanyalah sebuah desa kampung nelayan, kini dipenuhi dengan penginapan, tempat makan dan pelabgai pilihan hiburan yang sentiasa berterusan. Pantai yang panjang dengan ombak yang konsisten menarik perhatian surfer seluruh dunia dan merupakan tempat yang baik untuk taraf permulaan. Terdapat banyak pilihan untuk menyewa papan luncur dan juga kelas surfing. Kuta mungkin boleh menjadi sangat sibuk, jadi ia mungkin bukan tempat terbaik bagi mereka yang inginkan percutian yang keluar dari kesibukan kehidupan seharian.

Discovery Shopping Mall. Kredit: AllIndonesian Tourism

Banyak aktiviti di Kuta berpusat di sekitar aktiviti pada waktu malam dan membeli-belah. Di sini anda akan jumpa kelab-kelab malam yang paling ramai orang seperti Sky Bar dan juga pusat membeli-belah yang besar. Ianya adalah tempat terbaik untuk percutian backpacker bajet atau datang untuk percutian singkat hujung minggu. Jika anda mempunyai masa yang panjang dan duit untuk berbelanja yang banyak, anda boleh ke Seminyak.

Hostel Terbaik Kuta – Bali Bobo

Bali Bobo Hostel. Kredit: Hotelsworld

Bali Bobo adalah salah satu hostel terbaik di Kuta dan juga di Bali kerana ia menyediakan peralatan, kakitangan dan suasan yang berkualiti tinggi. Sangat mudah untuk berjumpa backpacker lain di tempat ini, menyusun  keseluruhan perjalanan Bali melalui perjalanan mereka, menyertai kelas-kelas kebudayaan, event dan aktiviti sosial.

Disebabkan ia bekualiti tinggi, harganya agak mahal. Jika anda mencari tempat yang lebih murah, skip tempat ini. Walaupun namanya adalah hostel, tetapi terasa seperti menginap di hotel mewah. Ia terletak dengan uniknya di Jimbaran, kawasan perumahan yang dekat dengan kedai dan restoran. Ianya juga jauh dari kesesakan lalu lintas dan pencemaran bunyi, tetapi cukup dekat dengan kemudahan awam.

Lebih menarik lagi , Bali Bobo terletak berdekatan dengan beberapa pantai terbaik Bali termasuk Pantai Suluban, Pantai Green Bowl, Pantai Nyang-nyang, Padang-padang dan Pantai Balangan. Misi mereka adalah untuk mengalu-alukan anda sebagai tetamu, menjadi tuan rumah anda sebagai seorang kawan, dan menyambut anda kembali sebagai sebuah keluarga.

Hotel Terbaik Kuta – Amnaya Resort Kuta

Amnaya Resort. Kredit: amnaya hotels
Amnaya Hotel. Kredit: Booking

Terletak hanya 12 minit berjalan kaki dari pantai, terdapat pelbagai hiburan dan pilihan tempat makan di sekitarnya. Hotel ini mempunyai hampir segalanya yang anda mahukan termasuk restoran a la carte, swimming pool luar, dan ruang awam taraf bisnes. Harganya juga bukanlah harga hotel bajet di Bali.

Penginapan Airbnb Terbaik di Kuta

Banyak banglow persendirian baru yang dibina dengan sangat cantik di antara Kuta dan Pantai Lengian, tersorok jauh di jalan yang sunyi.  Sesuai untuk percutian bersama keluarga yang mahukan suasana yang aman dan santai. Kebanyakan tempat penginapan ini mempunyai kolam renang persendirian yang cantik dan taman yang wangi. Kuta adalah salah satu tempat yang popular untuk tinggal di Bali jadi tempahan awal sangat digalakkan.

Banglow Airbnb di Kuta. Kredit: Travel With Jane

Antara perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuta adalah belajar meluncur air, menyertai kelas masakan Balinese di ladang organik tempatan, bersantai di sepanjang 2.5km panjangnya pantai pasir putih, bersuka-ria di Waterbom, waterpark popular di Bali yang menyediakan lebih 17 jenis permainan air yang sesuai dengan semua peringkat umur, melihat persembahan kebudayaan di Teater Kuta, dan membeli-belah sehingga anda jumpa tempat-tempat seperti Discovery Shopping Mall, Art Market Kuta, Kuta Beachwalk dan Mal Bali Galeria.